Friday, January 22, 2010

TUJUH IMAM QIRAAT MENGIKUT IMAM SYATIBI (kalau IMAM JAZARI 10)

Dalam ilmu Qiraat terdapat sepuluh imam Al-Qurra’ yang terkenal dan setiap imam ada 2 perawi yang meriwayatkan bacaan mereka. Huraiannya seperti berikut:

1.Imam Nafi’ Al-Madani
Nama sebenar beliau ialah Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Na’im Al-Laithi. Beliau digelar Abu Ruaim. Dilahirkan pada tahun 70 Hijrah dan meninggal dunia di Madinah pada tahun 169 Hijrah.
Dua perawinya :
• Qalun : Beliau ialah Abu Musa Isa bin Mina bin Wardan bin Isa bin Abdul Samad. Dilahirkian pada tahun 120 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah.
• Warsy : Beliau ialah Abu Sa’id Othman bin Sa’id bin Abdullah Al-Qibti Al-Masri. Dilahirkan pada tahun 110 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah.

2. Imam Ibnu Kathir Al-Makki
Nama sebenar beliau ialah Abu Sa’id Abdullah bin Kathir bin ‘Amru bin Abdullah bin Zazan bin Fairuz bin Hirmuz Al-Dari. Dilahirkan pada tahun 45 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 120 Hijrah.
Dua perawinya :
• Al-Bazzi : Beliau ialah Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin al-Qasim bin Nafi’ bin Abi Bazzah al-Makki. Dilahirkan pada tahun 170 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 250 Hijrah.
• Qunbul : Beliau ialah Abu ‘Amru Muhammad bin Abdul Rahman bin Muhammad bin Khalid bin Sa’id al-Makhzumi. Dilahirkan pada tahun 195 Hijrah dan meninggal pada tahun 291 Hijrah.

3. Imam Abu ‘Amru al-Bashri
Nama sebenar beliau ialah Abu ‘Amru Ziban bin al-’Ala’ bin ‘Ammar bin al-’Iryan bin Abdullah bin al-Husain al-Mazani. Dilahirkan pada tahun 68 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 154 Hijrah.
Dua perawinya:
• Al-Duri : Beliau ialah Abu ‘Amru Hafsh bin Omar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah.
• Al-Susi : Beliau ialah Abu Syu’aib Shalih bin Ziad bin Abdullah bin Ismail bin Al-Jarud. Meninggal dunia pada tahun 261 Hijrah.

4. Imam Abu ‘Aamir al-Dimasyqi
Nama sebenar beliau ialah Abu "Imran Abdullah bin ‘Amir bin Yazid bin Tamim bin Rabi’ah al-Yahshabi. Dilahirkan pada tahun 8 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 118 Hijrah.
Dua perawinya :
• Hisyam : Beliau ialah Abu al-Walid Hisyam bin ‘Ammar bin Nasir bin Maisarah al-Salma. Dilahirkan pada tahun 153 Hijrah dan meninggal pada tahun 245 Hijrah.
• Ibnu Dzakuan : Beliau ialah Abu ‘Amru Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Dzakuan. Dilahirkan pada tahun 173 HIjrah dan meninggal dunia pada tahun 242 Hijrah.

5. Imam ‘Aashim Al-Kufi
Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar ‘Aashim bin Abdullah (Abi al-Najud) bin Bahdalah al-Asadi. Meninggal dunia pada tahun 127 Hijrah.
Dua perawinya :
• Syu’bah : Beliau ialah Abu Bakar Syu’bah bin ‘iyasy bin Salim. Dilahirkan pada tahun 95 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 193 Hijrah.
• Hafsh : Beliau ialah Abu Umar Hafsh bin Sulaiman bin Al-Mughirah bin Abi Daud al-Kufi. Dilahirkan pada tahun 90 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 180 Hijrah.

6.Imam Hamzah al-Kufi
Nama sebenar beliau ialah Abu ‘Lmarah Hamzah bin Habib bin ‘Lmarah bin Ismail al-Zaiyat. Dilahirkan pada tahun 80 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 156 Hijrah.
Dua perawinya :
• Khalaf : Beliau ialah Abu Muhammad Khalaf bin Hisham bin Talib al-Bazzar. Dilahirkan pada tahun 150 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 229 Hijrah.
• Khallad : Beliau ialah Abu Isa Khallad bin Khalid al-Syaibani al-Kufi. Meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah.

7. Imam al-Kisaie al-Kufi
Nama sebenar beliau Abu al-Hasan Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman al-Nahwi. Dilahirkan pada tahun 119 HIjrah dan meninggal dunia pada tahun 189 Hijrah.
Dua perawinya :
• Abu al-Harith : Beliau ialah Al-Laith bin Khalid al-Marwazi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 240 HIjrah.
• Al-Duri : Beliau ialah Abu ‘Amru Hafsh bin Umar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah.

TARANNUM

Pengenalan Tarannum ATAU aL-Maqamat

Tarannum (lagu) adalah suatu ilmu atau satu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menanbahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan terutamanya bacaan Al-Quran.
Tujuan mengalunkan seni suara adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca dan pendengar tentang kecantikan dan keindahan kalimah Allah serta boleh menghayati uslub-uslub Al-Quran sehingga dapat memahami maksud pada akal, hati, ruh serta dapat beramal dengannya.




Ciri-Ciri Tarannum Al-Quran Yang Mu’tabar
Cirri-cirinya ialah ;

1. Nada (tingkatan atau tekanan bunyi suara)
2. Rentak (pergerakan menghidupkan bunyi suara)
3. Irama (alunan atau bentuk bunyi)
Tegasnya sesuatu bunyi tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut maka ianya tidak dikatakan tarannum

Sejarah Umum Tarannum...
Mengikut ahli sejarah tarannum (muzik) bahawa asal-usul tarannum diilhamkan dari unsur-unsur berikut ;
1. Bunyi-bunyian geseran kayu.
2. Bunyi-bunyian tiupan angin.
3. Bunyi-bunyian kicauan burung.
4. Bunyi-bunyian air yang mengalir.
Ia kemudiannya telah digubah dan “ditalhinkan” oleh penyair untuk dijadikan pelbagai irama tarannum mengikut budaya masing-masing. Mengikut catatan Syeikh Muhammad Soleh Fathani, pengarang kitab “Siraj Al-Qari” bahawa pemodenan tarannum (muzik Arabi) adalah diimport dari Yunani iaitu seorang profesur muzik berbangsa Greek “Bathlamus Al-Hukm Philosofhy” kemudian dipanjangkan oleh pakar muzik tempatan, Ishak bin Ibrahim Al-Mushli An-Nadim.
Mengikut catatan seorang penyair dan ahli sejarah berbangsa Arab, Ibn Arabi bahawa bertarannum adalah budaya kepada masyarakat Arab yang silam, sehingga di mana sahaja mereka berada, samada ketika bekerja, berjalan atau berehat, mereka sentiasa mengalunkan tarannum di samping syair yang menjadi kebanggaan mereka.
Apabila munculnya agama Islam, maka Rasulullah s.a.w menggalakkan supaya umat Islam menukarkan budaya tersebut kepada budaya membaca Al-Quran dengan bacaan yang lebih baik dan cantik agar disegani dan dihormati oleh masyarakat.



Sejarah Tarannum Al-Quran

Menurut beberapa hadis soheh, tarannum Al-Quran telah bermula dari sejarah “Nuzul A-Quran” di Gua Hira’. Di sana, Rasulullah sendiri membaca Al-Quran dengan baik, cantik dan elok. Baginda pernah menyuruh umatnya supaya membaca Al-Quran dengan “bertarannum, bertazyin dan bertahsin.”
Rasulullah telah memuji Abu Musa As-Sha’ari dalam sabdanya, “sesungguhnya bertuah engkau telah dikurniakan Allah dengan mazmir (suara yg cantik) dari jenis mazmir keluarga Nabi Daud,” riwayat Bukhari dan Muslim.
Hadis riwayat Saidatina Aisyah, katanya ; “pada suatu malam, saya bersama Rasulullah mengintai dengar bacaan Al-Quran yang sungguh merdu dan cantik oleh sahabatnya, Salim Maula Abi Hazifah. Setelah selesai bacaan Salim, Rasulullah segera bersyukur dan berdoa puji-pujian itu khusus bagi Allah, Tuhan yang menjadikan di kalangan umatku orang seperti ini, (Salim).”